those diploma days
Saturday, 2 March 2019
Henlo errbody hahaha
*tiup habuk*
oh wow berdebunya blog gue yg udah ditinggalin selama beberapa tahun.
i made a comeback here.
last time, when i was here, i was just 17. but now im 21 MAYYYNNNNNNNNNNNN. WOW.
okay lah mari kita kita mulakan.
//belog kali ini saya gunakan bahasa ibunda kita #maluapebossku//
tak tau lah kenapa nak buka cerita pasal diploma. nak start dari mana eh?
aku mula-mula tau aku dapat tawaran masuk course tu, aku nanges weh, sebab yela aku lemah BA :') memang fikir baik mati je masa tu. tapi dalam masa yang sama aku tak tau nak jadi apa sebab result SPM cukup² makan je sis. Pastu UPU pulak tak dapat. Jadi, alang² ambik jelah. dah berjodoh. orang jepun cakap "Shouganai" (dah tak boleh nak buat apa apa).
masa mula² masuk tu aku aku fikir²kan aku nak tukar course kepada apa tu yg english tu? Yes, thats right. Tesl. (sebab aku memang minat bahasa dari dulu) tanya punya tanya, rupanya boleh nak tukar course masa tu. tapi banyak procedure. Jadi yelah, aku pilih malas berbanding tukar course HAHAHAHA. jadilah aku amik course QS tu.
1st day kelas masa 1st day puasa 2016 hahaha. tapi so far so good lah masa tu. belum dapat assignment kan. jadi waktu tu lah waktu² bahagia. nak main². kenal kawan².
cakap pasal kawan, masa sem 1 HAHAHAHA bebudak kelas(perempuan) ramai tak suka aku sebab aku strict. eh masa tu mana aku tau boleh lek lek. masa kitorg awal² dapat assignment aku terus nak bincang and tentukan itu ini. masa tu kan first time aku pun macam gelabah la nak siapkan awal :') masa tu aku tk peduli pun org nk benci aku ke tak HAHA
pastu, masa sebelum masuk kolej, aku diamuk amukkan oleh senior² dengan kata² ini :
"belajar kamceng dengan lelaki, kat kolej nanti korang akan banyak berkomunikasi. kalau kau awkward, sampai kesudah la kau macam tu. banyak kerja nak buat dengan laki nanti" aku dengan dungunya
menurut titah. masa sem 1, aku lah antara perempuan paling aktif dalam grup kelas :') padahal last² takde sangat pun keje nak kena buat dengan laki :') sumpah malu bila ingat balik. aku ligat gila dalam grup :') takpelah, barang yang lepas jangan dikenang.
Sambung. then masa masuk kolej, aku memang dah ada semangat nak belajar, tak mau crush² kat orang, tak mau belajar main². Tapi tu lah, kecundang HAHAHA demmit.
and as expected, aku memang lemah BA. And aku mcm tk tau apape nak belajar macam mana. Aku memang sesat do masa tu. Tak tau nak kata la. result pun aku fikir aku kena repeat tapi passed jugak. Alhamdulillah.
itu sem 1.
sem favorite aku, sem 4.
entah kenapa. sem 4 aku rasa paling bahagia. sangat sangat. belajar senang, dengan kawan² senang. Banyak kenangan manis macam :
bilik banjir, mandi hujan punya moments, stress pasal putri islam, budak bilik bela kucing :')
ofcourse part bela kucing tu paling manis sebab aku ni penakut kucing.
bayangkan lah malam² dia lompat katil aku dengan terkejutnya aku terjaga memang terasa thill. rasa debar aku macam kena kejar hantu. aku tkleh ah kucing ni😭
Awal² aku fikir maybe ni lah masa aku nak berjinak dengan kucing tapi hari makin hari, perasaan takut tu tak berubah. pernah aku fed up almost tiap hari terjaga aku nangis sebab aku penat rasa takut² macam tu. Aku dah cuba tapi masih tak boleh so "shouganai"naaa~
kalau diberi peluang aku nak hidup dalam sem 4 lagi sekali.
sem akhir sem 5 ; semester yang ajar aku erti kawan.
bab kawan ni, aku nak cite yang pernah deseprate. sebab dua orang kawan aku ni, pernah tolong aku masa aku susah, so aku nak cuba jadi loyal kat diorang. Kalau aku ada buat salah, aku memang minta maaf gegila. Apa yang diorg suruh, aku buat sebab aku tak kesah. Diorang pernah tolong aku jadi aku nak balas jasa diorang. Tu masa tu la.
sem 5 ni, aku banyak conflict. dengan kawan². aku tak nak la cakap aku dikhianati. tapi ada satu benda yang buat sangat kecewa dan susah nak terima kenyataan. dan aku nampak kelemahan aku kat situ. Aku lemah pada ilmu qada', dan qadar.
susah masa tu sebab ceteknya ilmu aku. Masa tu aku betul betul cari Tuhan. Hidup aku tak keruan. Asyik menangis. Kadang² terjaga malam, hati tak tenang disebabkan masalah tu. selera makan hilang. Dalam kelas hilang fokus.
Aku cuba berikhtiar dengan jumpa dengan kaunselor awal². membantu jugak, tapi bagi aku tak cukup. aku masih macam tu. Kaunselor tu ada suggestkan aku untuk tukar rumah, tapi aku refused. Aku takut kawan aku terasa.
Pastu hari hari aku masih gelap dengan tekanan. Mak ayah aku sebenarnya tak berapa kesah pasal social life aku. Aku pun memang tak pernah cerita dekat diorang. Tapi kali ni, diorang tengok keadaan aku, diorang paksa aku bagitau apa yang dah jadi. Paksa sampai aku buka mulut, lepaskan semua. Then mak aku decide nak bawa jumpa dengan kenalan psychiatrist dia.
Aku jumpa every month 2 kali. Setiap kali aku pegi situ, aku rasa aku selamat. Sebab apa yang aku cerita, semua dia faham dengan baik, and dia cerita apa penyakit apa yang aku alami sebenarnya. Informasi pasal penyakit tu. Nasihat² dia. Pasal maksud disebalik tingkah laku aku.
Dekat kolej pulak aku ada support system. Yang sentiasa dengar cerita aku. Yang menangis bila tengok aku menangis. Yang suruh aku lawan diri sendiri, lawan tekanan tu. Aku macam kau faham tak :') Allah macam hantar banyak pertolongan dekat aku tapi aku tak tolong diri sendiri. Aku cuba cuba setiap hari.
Inisiatif keluarga aku pulak, ayah aku buat keputusan nak bawa aku balik setiap weekend. Kadang² hari minggu. Kalau kelas habis awal je, ayah aku terus ambil aku. Adik aku yang lelaki pulak, yang tak pernah² peduli pasal aku, tiba² rela hati nak jadi tempat aku luah.
Ada masa aku dekat titik yang terendah dalam diri aku, masa ni setiap kali bangun tidur aku berdebar macam nak mati. Aku kena duduk merengkot sampai debaran tu hilang sebab sakit. Memang ada hari aku tak tahan dan memang aku menangis. Kerap la. Aku sedih dengan kondisi aku. Nak nak pulak, masa tu musim midterm. Memang hancur hahahaha
Makin hari makin pulih cuma progress aku lambat. Berbulan bulan. Hampir setahun aku aku merana. Aku macam berterima kasih gila dekat semua orang yang tolong aku, yang doakan aku dalam diam. Allah je yang tau siapa korang. Dan aku tau aku tak mampu balas semuanya, cuba aku akan cuba ada kalau diorang perlukan aku.
Aku akhiri diploma dengan aku bagitahu kawan kawan aku yang aku akan ke Jepun, belajar. Aku pun tau benda ni, waktu akhir akhir sem.
Begitulah kisah diploma aku~